Blog Tazkirah

Cuma di blog ni, saya kongsikan email-email tazkirah dan yang berkaitan Islam yang saya terima. Pembaca perlu mendapatkan maklumat tambahan mengenai apa yang dibaca. Penulis tidak dapat memastikan semua yang ada di sini adalah benar.

Sunday, May 29, 2011

Butter Golden Churn disahkan TIDAK HALAL oleh Jabatan Agama Negeri Johor

Butter Golden Churn disahkan TIDAK HALAL
oleh Jabatan Agama Negeri Johor
Buat info rakan2...Butter Golden Churn disahkan TIDAK HALAL oleh Jabatan Agama Negeri Johor...
My friend baru telefon bahagian penyelidikan JAIJ pada 25/04/2011...lps tepon trus share disini....
info dr staff JAIJ, diorg baru hantar report pd pihak JAKIM & pihak2 berkenaan utk tindakan...jd blum keluar dlm suratkhabar lagi...
asalnya diorg leh jumpa butter ni x halal, diorg check kes kopi kat kluang yg katanya ada bhn babi...
dari 3 sample yg diorg amik, rupanya pihak pengeluar kopi kluang ni goreng kopi guna butter golden churn...
kes ni baru dlm 2minggu lepas ditemui....
jika kwn2 rasa nk tahu lebih detail leh call direct no Jabatan Agama Islam Negeri Johor 07-2282900
Butter lain insyaallah blum ada sebarang masalah.....
HATI2.
PENUH BERKRIM DISUKAI RAMAI....

Wednesday, May 18, 2011

'Tanda-tanda KEMATIAN dalam HUSNUL KHOTIMAH

'Tanda-tanda KEMATIAN dalam HUSNUL KHOTIMAH

KEMATIAN adalah satu perkara pasti yang mesti dilalui setiap manusia. Maka kita perlu menyediakan bekalan secukupnya bagi menghadapinya.

Kematian bukanlah jalan pengakhiran kerana kita akan melalui alam barzakh sebagai tempat persinggahan sebelum menuju alam akhirat.

Jika baik amalan kita di dunia, maka baik juga ketika berada di alam kubur. Sebaliknya, jika buruk amalan kita maka seksaan berat pasti menanti.

Sedar atau tidak, sesungguhnya manusia sedang menuju kepadanya. Tidak kira tua, muda, sihat atau sakit ia proses alamiah kepada sebuah kehidupan.


قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ۖ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Allah berfirman yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu,
tetaplah ia akan menemui kamu;
kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata,
lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).
“Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri darinya itu,
pasti akan menemui kamu,
kemudian kamu semua akan dikembalikan ke zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata.”
(Surah Jum’ah ayat 8)


Sentiasa mengingati mati dan bersiap sedia menghadapinya supaya kita dapat menuju ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat.

Kita mengharapkan supaya dapat mengakhiri kehidupan dalam keadaan ‘husnul khatimah.’ Berikut antara tanda-tanda kita mati dalam keadaan husnul khatimah antaranya:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat.
Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.”
(Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat.
Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib.
Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: ‘Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.’
(Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim & ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

3. Wafat pada malam Jumaat.
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.
Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid antara kalian?
Mereka menjawab:
“Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.”

Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”
Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab:
“Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan
yang mati kerana penyakit kolera,
yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar @ sejenisnya), dialah syahid dan
orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”
(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera.
Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:
Rasulullah bersabda, maksudnya:
“Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.”
(Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.
Dalil dari 2 perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud:
“Kalangan syuhada itu ada 5;
orang yang mati kerana wabak kolera,
kerana sakit perut,
tenggelam,
tertimpa runtuhan bangunan dan
syahid berperang di jalan Allah.”
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai 2 perkara ini banyak riwayat dan yang paling masyhur dari Jabir bin Atik secara marfu’:
“Kalangan syuhada ada 7: Mati terbunuh di jalan Allah,
kerana penyakit kolera adalah syahid,
mati tenggelam adalah syahid,
kerana busung lapar adalah syahid,
kerana penyakit perut keracunan adalah syahid,
kerana terbakar adalah syahid dan
yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta
wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.”
(Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit tubercolosis (TBC).
Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:
“Mati di jalan Allah adalah syahid dan
perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid,
mati kerana terbakar adalah syahid,
mati kerana tenggelam adalah syahid,
mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan
mati kerana penyakit perut adalah syahid.”
(Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak.
“Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya
(dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.”
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa.
“Sesiapa terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid;
siapa saja yang mati membela keluarganya, dia mati syahid;
sesiapa mati membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan
siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya.
Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh.
Semoga kematian kita dalam husnul khatimah.

WALLAHU 'ALAM.